Skip to content

Cart

Your cart is empty

Article: Kumpulan Doa Selepas Baca Al Quran

Kumpulan Doa Selepas Baca Al Quran

Kumpulan Doa Selepas Baca Al Quran

Membaca Al-Quran juga adalah ibadah yang memiliki banyak manfaat dalam hidup umat muslim. Setiap ayat memiliki banyak kebaikannya yang jika diamalkan akan berguna dalam kehidupan sehari-hari. Maka umat muslim dianjurkan untuk membaca Al-Quran setiap hari. Hal tersebut telah diterangkan dalam satu hadis berikut, Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda: 

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]

Setelah membaca Al-Quran, ada baiknya untuk membaca doa. Hal ini berguna supaya dapat menggunakan ilmu yang telah diamalkan itu dengan penuh kebaikan. Bacaan doanya sebagai berikut:

الّلَهُمَ ارْحَمْنَا بِالْقُرْآن، واجْعَلْهُ لَنَا إمَامَاً وَنُوْرَاً وَهُدَىً ورحمةً الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نسيْنَا، وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا وَارْزُقْنَا تِلَاوَتَهُ آنَاءَ اللَّيْلِ وَأطْرَافَ الْنَهَار واجْعَلهُ لَنَا حُجَّةٌ يَا ربَّ الْعَالَمِيْن

Artinya: 

“Ya Allah rahmatilah kami dengan Al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami lupa, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujjah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.”

Doa lainnya:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Artinya:

“Maha suci Engkau ya Allah dengan memuji-Mu. Tiada yang berhak disembah melainkan Engkau. Aku memohon ampun dan bertaubat kepada-Mu.” 

Doa terakhir:

الّلَهُمَ ذَكِّرْنَا مِنْهُ مَا نُسِّيْنَا

Artinya: 

“Ya Allah ingatkanlah kami dari Al-Quran apa yang kami telah dilupakan akannya.”

Secara umumnya, doa selepas mengaji ini tidaklah tsabit dalam mana-mana riwayat sebagai doa yang khusus sewaktu khatam Al-Quran yang mana ia warid daripada Rasulullah SAW sendiri. 

Namun, tidak menjadi suatu kesalahan sekiranya mengamalkan doa yang terkandung di dalamnya, mempunyai makna-makna yang baik. Oleh itu, semata-mata pengamalan membaca doa di atas ini berasaskan konsep keumuman berdoa maka ianya adalah dibolehkan.

Bahkan doa selepas mengaji ini dikatakan antara waktu yang dianggap sebagai mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT, iaitu selepas khatam Al-Quran. Perkara ini dianggap sebagai salah satu bentuk tawassul dengan amalan soleh. Tsabit bin Qais RA berkata:

كَانَ أَنَسٌ إِذَا خَتَمَ الْقُرْآنَ جَمَعَ وَلَدَهُ وَأَهَلَ بَيْتِهِ فَدَعَا لَهُمْ

Artinya: 

“Adalah Anas apabila mengkhatamkan Al-Quran, beliau menghimpunkan anaknya dan ahli keluarganya di rumah beliau kemudian berdoa bagi mereka.”